KiraTax

Panduan · Borang C

Panduan Borang C

Borang C ialah borang cukai pendapatan untuk syarikat (Sdn. Bhd.). Ia perlu dihantar dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh tutup akaun. Contohnya, syarikat yang menutup akaun pada 31 Disember menghantar Borang C sebelum 31 Julai tahun berikutnya.

Video panduanLangkah demi langkah mengisi Borang C di MyTax. Akan datang.
EbookEbook untuk Sdn. Bhd. akan datang. Ebook individu (Borang B & BE) sudah ada di sini.

Dalam app KiraTax

  1. Buka tab Cukai dalam profil syarikat dan ketik Panduan isi Borang C.
  2. App memaparkan pendapatan bercukai, cukai dikira, ansuran CP204 yang telah dibayar dan baki cukai. Ketik ikon salin untuk menyalin angka.
  3. Gunakan angka ini bersama akaun beraudit dan pengiraan cukai syarikat anda. Borang C mempunyai banyak medan yang memerlukan maklumat akaun penuh.

Panduan medan Borang C satu persatu sedang disediakan.

Anggaran CP204

Syarikat membayar ansuran cukai bulanan berdasarkan anggaran CP204. Anggaran boleh disemak semula dalam bulan tertentu tempoh asas. KiraTax mengingatkan anda pada bulan ke 6, 9 dan 11; sahkan tarikh dan syaratnya dengan LHDN atau ejen cukai anda.

KiraTax menyediakan anggaran untuk perancangan dan bukan nasihat cukai. Semak setiap angka sebelum menghantar borang. KiraTax tidak bergabung dengan LHDN.