Terma Penggunaan
Berkuat kuasa: 4 November 2026 · Terpakai kepada aplikasi KiraTax (Android, iOS, web)
KiraTax dikendalikan oleh AMET HAKEEN MEDIA (No. Pendaftaran SSM 202603007216 / 003810621-K) (“kami”). Dengan mencipta akaun atau menggunakan KiraTax, anda bersetuju dengan terma ini. Jika tidak bersetuju, sila jangan gunakan KiraTax.
1. Apa itu KiraTax
KiraTax membantu pekerja bebas dan penjual dalam talian di Malaysia menyusun pendapatan dan belanja, serta menganggarkan cukai pendapatan. KiraTax bukan agensi kerajaan dan tidak bergabung dengan LHDN. KiraTax tidak menghantar borang cukai bagi pihak anda; anda menghantarnya sendiri melalui MyTax.
2. Anggaran, bukan nasihat
Angka cukai, pelepasan, tarikh dan panduan dalam KiraTax ialah anggaran untuk perancangan, dan bukan nasihat cukai, perakaunan atau undang-undang. Kadar dan peraturan boleh berubah, dan keadaan anda mungkin berbeza. Untuk keputusan penting, rujuk ejen cukai berlesen atau LHDN.
3. Tanggungjawab anda
- Semak ketepatan setiap rekod, termasuk transaksi yang dibaca secara automatik daripada penyata, resit, notifikasi atau fail payout. Bacaan automatik boleh tersilap.
- Pastikan maklumat yang anda laporkan kepada LHDN betul dan lengkap, dan dihantar tepat pada masanya.
- Simpan rekod dan dokumen asal selama tempoh yang diwajibkan undang-undang. KiraTax tidak menggantikan kewajipan ini.
- Jaga keselamatan akaun, kata laluan dan telefon anda.
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
4. Penggunaan yang tidak dibenarkan
Jangan gunakan KiraTax untuk tujuan menyalahi undang-undang, untuk memuat naik data orang lain tanpa kebenaran, atau untuk mengganggu, menyalin secara automatik atau cuba menembusi perkhidmatan ini.
5. Data anda
Rekod anda kekal milik anda. Cara kami memproses dan menyimpannya diterangkan dalam Dasar Privasi. Anda boleh mengeksport data dan memadam akaun anda dalam app pada bila-bila masa. Eksport dahulu sebelum memadam, kerana data yang dipadam tidak boleh dipulihkan.
6. Perubahan dan gangguan
Kami boleh menambah, mengubah atau menghentikan ciri, dan perkhidmatan mungkin sekali-sekala terganggu. Jika yuran diperkenalkan, kami akan memaklumkannya dahulu dan anda boleh memilih untuk tidak meneruskan. Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.
7. Had liabiliti
KiraTax disediakan “seadanya”. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, penalti, cukai tambahan atau kehilangan data akibat penggunaan KiraTax atau bergantung pada anggarannya. Terma ini tidak mengehadkan hak yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 setakat mana ia terpakai.
8. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini. Perubahan penting akan dimaklumkan dalam app atau di laman ini. Jika anda terus menggunakan KiraTax selepas itu, anda dianggap bersetuju dengan terma baharu.
9. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
10. Hubungi kami
Soalan tentang terma ini: hello@kiratax.my.